Friday 4 November 2011

Hikmah kegagalan ^_^

Assalamualaikum.. hai.. hari ni tiba2 rasa nak kongsi sedikit info.. iaitu.. 'HIKMAH APABILA KITA GAGAL DALAM SESUATU' actually kan.. kita xperlu sedih.. sebab.. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. kita mesti rasa kita ni manusia yg apa kan if kita gagal.. jgn fikir cam tuh.. no no no noo.. wlaupun kadang2 saya berfikiran sebegitu.. td p bersiar2 kat satu website tu then dia share pasal topik ni.. pada saya, ia mmg bermakna.. sbb inilah yg semua org hadapi. dan sudah tidak bersemangat jika kita memiliki kegagalan. am i right guys? saya pon pernah juga.. so kalau sesedih ke.. mari kita lihat hikmah ini ok.. ini ada sedikit sebanyak info yg boleh dikongsi..

HIKMAH KEGAGALAN


GAGAL sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya. Gagal memberi peluang untuk kita menilai diri dan mencari sebab kegagalan yang dilakukan. Tidak ada manusia yang selamat dari kegagalan. Kejayaan hanya dicapai setelah kegagalan ditempuh dan diteliti sebab dan musababnya.

Namun begitu, hakikat kehidupan kita lebih banyak mengalami kejayaan daripada kegagalan. Cuma kita kurang meneliti kejayaan-kejayaan yang sudah dicapai biasanya menjadi gagal untuk dikekalkan apabila semangat tidak konsisten dan tidak yakin diri.

Menghadapi kegagalan atau kekalahan harus dengan cara yang positif dan terbuka. Sikap positif akan menyerlahkan kewibawaan kita dalam berfikir dan bertindak. Kegagalan merupakan ujian Allah swt bagi memantapkan cara fikir dan sikap kita untuk menghasilkan kejayaan yang lebih cemerlang dari yang sebelumnya.

Jangan malu jika pernah gagal. Setiap orang menghadapinya. Malu mengakibatkan rasa putus asa wujud dalam diri yang memberi kesan mendalam. Kemurungan, sedih hati dan bimbang diketawakan oleh orang lain tidak membawa kita kemana-mana. Malah semakin merumitkan keadaan.

Tiada manfaat yang diperolehi jika terbawa-bawa dengan kesedihan. Seolah-olah kegagalan itu secara total telah merobek maruah diri atau menghancurkan luluh jiwa. Malah, merasakan kemana-mana kita pergi, ada sahaja mata yang mengekori langkah kita seperti satu ejekan yang tidak mampu disembunyikan di ruang muka bumi ini.

Layak untuk merasai kejayaan. Itu cuma perasaan rendah diri yang telah membungkus keyakinan kita. ia lahir dari rasa malu yang bersangatan. Malu yang tidak bertempat dan membunuh semangat yang sepatutnya disiram dengan api semarak cinta.

Sikap begini memberi isyarat bahawa kita tidak dapat bangun dari kegagalan. Tidak ada ruang bangkit semual mencapai kejayaan seterusnya. Jika ini difikirkan, kita sudah menyerah kalah sebelum mencuba untuk kesekian kalinya. Kita telah merendahkan potensi diri. Tidak menghargai usaha yang belum direncana untuk diambil tindakan. Bermakna kita kalah sebelum masa. Tewas sebelum berjuang. Mati sebelum takdirnya.

Tidak semua yang kita mahu itu tercapai dalam sekelip mata. Malah ada yang bertahun-tahun baru mengecapi kejayaan setelah melakukan kajian dan eksperimen berpuluh kali. Kadang-kala, setelah bersungguh-sungguh berusaha apa yang kita lakukan tidak mencapai hasil yang diingini. Kerana itu, sikap optimis sangat memacu kepada kejayaan. Kejayaan hanya dapat diraih oleh orang yang bersemangat waja.

Jika kita tidak mengerti dan menyedari hakikat mengapa adanya kegagalan dalm hidup tentu kita tidak akan pernah menemui kejayaan yang lebih gemilang di sebalik kegagalan tersebut. Bangkitlah dari kuburan fikiran yang pesimis menuju gelanggan kejayaan dengan mengoptimiskan masa depan.

ok. interesting bukan? so harap sedikit sebnyak membantu kawan2 yg sedang bersedih di luar sana.. cuma.. seeloknya kita tidak perlu sedih dan menyesalinya ok.. tapi terus tabah dan terus bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah swt kerana masih diberi peluang utk mencuba memperbaikinya.. Jgn terus give up n duduk diam tnpa berbuat apa.. krana ia akan merugikan masa kita.. So, bangkit kan lah semangat yang kental utk kita mengejar impian kita yg tergendala itu~!! soo... go goo poweer rangers! heheh (^_~) hihii.. selamat maju jaya kawan-kawan semua.. i wish all of you, best of luck!!  :D

No comments:

Post a Comment